Days
Hours
Minutes
Seconds

Program MCACC 2023 yang diadakan pada kali ini adalah bagi membuka persepsi dan penglibatan daripada jabatan serta organisasi lain untuk sama-sama cakna dalam kerjasama menangani isu kebolehpasaran graduan.

Penganjuran konvenyen ini mampu meningkatkan kefahaman terhadap isu sebenar dan memberi ruang terhadap dasar-dasar mahupun polisi untuk memperkukuhkan fungsi perkhidmatan kerjaya di setiap universiti awam sekaligus  menjadikannya platform untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pihak universiti, kementerian dan industri.

Penganjuran konvensyen MCACC pada tahun ini akan menyentuh realiti sebenar yang berlaku di pusat kerjaya bagi setiap universiti awam di Malaysia dan peringkat Asia. Konvensyen ini kali ini juga diharap mampu memberikan idea yang segar untuk menjadikan graduan dari universiti awam sentiasa peka dan kompetitif dengan keperluan industri.

PENDAFTARAN PESERTA (PELAJAR UPSI) BAGI MAKUMA CAREER & COUNSELING CONVENTION 2023 (MCACC 2023)

TARIKH: 1 November 2023 (Rabu) MASA: 8.00 pagi - 5.00 petang TEMPAT: Auditorium, KSAJS, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) *Makanan & mata CHAMP diberi

PENGESAHAN KEHADIRAN BAGI AHLI/ WAKIL MAKUMA KE MAKUMA CAREER & COUNSELING CONVENTION 2023 (MCACC 2023)

Pengesahan kehadiran selewatnya pada 31 Oktober 2023 (Selasa)

PERTANDINGAN POSTER

TERBUKA KEPADA MAHASISWA/I IPTA DAN IPTS DAN ORANG AWAM Penyertaan bermula pada 1 Oktober 2023 dan berakhir pada 1 November 2023

Penganjur Bersama