KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWA (KAKS) merupakan program pendedahan keusahawanan kepada pelajar universiti. Pelajar dari pelbagai latar belakang pendidikan tidak mengira bidang pengajian mereka di universiti ini boleh menyertai kursus-kursus keusahawanan sebagai nilai tambah dalam ilmu pengajian. Kursus asas keusahawanan ini sangat perlu kepada para pelajar yang ada menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.