Program MCACC 2023 yang diadakan pada kali ini adalah bagi membuka persepsi dan penglibatan daripada jabatan serta organisasi lain untuk sama-sama cakna dalam kerjasama menangani isu kebolehpasaran graduan.
Penganjuran konvenyen ini mampu meningkatkan kefahaman terhadap isu sebenar dan memberi ruang terhadap dasar-dasar mahupun polisi untuk memperkukuhkan fungsi perkhidmatan kerjaya di setiap universiti awam sekaligus menjadikannya platform untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pihak universiti, kementerian dan industri.
Penganjuran konvensyen MCACC pada tahun ini akan menyentuh realiti sebenar yang berlaku di pusat kerjaya bagi setiap universiti awam di Malaysia dan peringkat Asia. Konvensyen ini kali ini juga diharap mampu memberikan idea yang segar untuk menjadikan graduan dari universiti awam sentiasa peka dan kompetitif dengan keperluan industri.