MAJLIS PENUTUP PROGRAM INNOVATION TECHNOLOGY CHALLENGE 2021 (InTech-21)

Oleh: Nur Hidayah Baharudin

Februari 2023: Pada 27 Februari 2023 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya telah berlangsungnya Majlis Penutup Program Innovation & Technology Challenge 2021(InTech-21). Pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idrisi iaitu Muhammad Fazaile binti Mohd Faisal, Snaygah Telyagu, Nurizzati binti Norsaidi dan Nur Alya Dalilah binti Muhd telah memenangi sagu hati bernilai RM 500.00. Hadir dengan nama kumpulan dan projek MY SUBSIdized OIL.

Penganjuran program InTech-21 bertujuan begi melahirkan usahawan pelajar di setiap Universiti Awam (UA), Politeknik serta Kolej Komuniti khusus dalam keusahawanan digital bersasarkan inovasi dan teknologi. Selain mewujudkan jaringan kerjasama di antara UA, Politeknik serta Kolej Komuniti, program dapat memantapkan kemahiran insaniah yang lebih baik di kalangan pelajar. Penganjuran program InTech-21 adalah selari dengan usaha teras 3 Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025, iaitu meningkatkan bilangan pelajar yang terlibat dalam program berteraskan inovasi dan teknologi.